BIMB Investment merupakan anak syarikat
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
yang menguruskan pelaburan amanah
saham atau lebih dikenali sebagai unit trust.
Pelaburan yang dilakukan adalah berlandaskan
prinsip Shariah.
BIMB merupakan satu-satunya bank Islam yang 100%
menjalankan prinsip-prinsip syariah sejak penubuhannya.
Semua dana-dana saham amanah yang ada adalah 100%
Dana Islamik, tidak ada Dana Konvensional yang
dibuka kepada orang ramai.
Jadi anda tak perlu berasa was-was apabila membuat pelaburan
dalam mana-mana dana pelaburan unit amanah di BIMB Investment.
Melalui pelaburan unit amanah, anda mampu melabur dengan modal
yang rendah. Berbeza sekiranya anda, melabur secara lansung
di Bursa Malaysia yang mana anda memerlukan modal yang besar.
Pelaburan unit amanah juga, anda tak perlu bimbang kerana
pelaburan anda dilaburkan oleh pakar pelaburan yang telah
dilantik untuk menguruskan pelaburan.
Dalam pelaburan unit amanah, risiko dapat dikurangkan dengan
terdapat kepelbagaian dalam portfolio pelaburan. Ini bermaksud,
pelaburan tidak dilakukan pada sesebuah saham sahaja tetapi
pelaburan dilakukan dalam pelbagai jenis saham.
Dengan pelaburan unit amanah, anda juga berpeluang menikmati
* Perlindungan takaful maksimum sehingga RM250,000
* Khairat Kematian RM1000
* Pengecualian Cukai
* Transaksi jual beli yang mudah
Mulakanlah pelaburan anda hari ini bersama unit amanah bank islam,
demi kebahagian anda di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut,
boleh hubungi saya di 013-7027082 (sms)
atau emel admin@tipskewangan.com
0 comments:
Post a Comment