Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon
Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pengerusi Eksekutif, Pusrawi Corporation Sdn Bhd
Doktor Falsafah (Sejarah Timur Tengah Moden), New York University, AS
Ijazah Sarjana Ekonomi, Fairlaigh Dickinson University, AS
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pengerusi Eksekutif, Pusrawi Corporation Sdn Bhd
Doktor Falsafah (Sejarah Timur Tengah Moden), New York University, AS
Ijazah Sarjana Ekonomi, Fairlaigh Dickinson University, AS
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah pada 1984. Pada masa ini, beliau adalah Pengerusi Eksekutif Pusrawi Corporation Sdn Bhd. Beliau menerima gelaran Tokoh Ma’al Hijrah Selangor pada 2001 dan Tokoh Ulama Bestari Negeri Selangor pada 2000.
Dr. Ahmad Shahbari pernah berkhidmat sebagai penasihat Syariah untuk Kumpulan Abrar (1996-1999), Arab Malaysia Merchant Bank (1996-1999), Arab Malaysian Finance (1996-1999), Syarikat Takaful Malaysia Berhad (1985-sekarang) dan ASEAN ReTakaful International (L) Ltd. Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Rawatan Islam (Majlis Agama Islam Selangor), jawatan yang disandang beliau sejak 1996 hingga 1999 selepas berkhidmat sebagai Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“IIUM”) selama 10 tahun iaitu sejak 1986. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (“UKM”) di Jabatan Syariah pada 1985.
Dari 1983 hingga 1984, beliau dipinjamkan ke Kuliyyah Ekonomi IIUM. Beliau juga merupakan Penyelaras Program untuk kursus-kursus diploma dan pensijilan bagi pengajian Islam di UKM sehingga 1983. Ketika berkhidmat di UKM, beliau juga menjadi Penyelaras untuk Pengajaran Am dari 1981-1982 dan seterusnya dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Syariah pada 1982.
Kerjaya Dr. Ahmad Shahbari bermula pada 1978 di mana beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Dr. Ahmad Shahbari tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa untuk sebarang kesalahan.
0 comments:
Post a Comment