Thursday, July 7, 2011

Dana Al-Falah



Pengurus Dana BIMB Investment Management Berhad
Kategori Jenis Dana Aset Campur/ Dana Pertumbuhan
Pemegang Amanah ABB Trustee Berhad
Objektif Pelaburan Objektif utama pelaburan Dana adalah untuk mencapai peningkatan modal berbentuk unit dalam jangkamasa panjang dengan melabur dalam pelbagai portfolio ekuiti, Sukuk dan instrumen pasaran wang. Sehubungan dengan itu, semua pendapatan pelaburan (jika ada) hendaklah dilaburkan semula untuk pertumbuhan modal jangkamasa panjang daripada diagihkan setiap tahun.

Nota:
Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan memerlukan kelulusan daripada Pemegang Unit. 
Polisi & Strategi Pelaburan Untuk memenuhi objektif, pelaburan ekuiti akan mewakili sehingga 80% daripada NAB Dana. Fokus utama Dana adalah mengumpulkan stok yang berkaitan dengan syarikat-syarikat yang berpotensi mencapai pertumbuhan pendapatan dalam jangkamasa sederhana hingga panjang.

Dana ini boleh di laburkan dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang patuh Syariah (secara kolektif sehingga 70% daripada NAB). Pengurus juga boleh melabur di dalam Skim Pelaburan Kolektif dan Produk Berstruktur patuh syariah bagi meningkatkan lagi potensi pulangan Dana tersebut.
Peruntukan Aset
  • Ekuiti: 30% hingga 80%.
  • Sukuk: 0% hingga 40%.
  • Instrumen Pasaran Wang: 0% hingga 50%.
  • Skim Pelaburan Kolektif: 0% hingga 30%.
  • Produk Berstruktur: 0% hingga 20%.
Pengurus boleh, jika terdapat tindak balas terhadap pasaran, ekonomi, politik dan lain-lain keadaan menggunapakai strategi defensif sementara dengan meningkatkan di bahagian aset cair. Apabila ini berlaku, peruntukan aset Dana akan diubah sewajarnya. 
Profil Pelabur Sesuai bagi pelabur yang:
  • Ingin memperolehi peningkatan modal sederhana hingga tinggi.
  • Mempunyai minat terhadap pelaburan jangkamasa sederhana hingga jangkamasa panjang.
Tarikh Dilancarkan 27 Disember 2001
Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos
Saiz Dana Yang Diluluskan 400 juta unit
Profil Risiko Pelabur Sederhana hingga tinggi
Polisi Agihan Pengagihan pendapatan * (jika ada) adalah sampingan.

*Nota:
Pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik. Oleh itu, Pemegang Unit akan menerima unit tambahan daripada pelaburan semula pengagihan pendapatan.
Pelaburan Permulaan Minima RM100
Pelaburan Tambahan Minima RM10
Pilihan Palaburan Sekaligus/ Simpanan
Tempoh Bertenang Tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan diberikan kepada pelabur yang melabur kali pertama dengan BIMB Invest. Dalam tempoh bertenang, jika pelabur ingin mengubah fikiran tentang pelaburan unit amanah yang dibuat, pelabur boleh meneruskan untuk mendapatkan hak bertenang dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada pihak BIMB Invest, cawangan Bank Islam berhampiran atau IUTA/ Perunding Unit Amanah (UTC) yang dibenarkan..
Pegangan Minima 100 unit
Fi
Caj Jualan Seunit Caj Jualan adalah seperti berikut:-
a. Pelaburan terus melalui Pengurus
Sehingga 5% daripada NAB seunit
b. Melalui Agen yang Dibenarkan
c. Melalui IUTA
Fi Belian Balik Tiada
Fi Pindahan RM3 bagi setiap pindahan
Caj Pertukaran Seunit
a. Kali Pertama
Tiada
b. Kali kedua & seterusnya RM25 per transaksi (yuran penukaran dikecuali kepada pelabur yang mempunyai jumlah pelaburan melebihi RM100,000 dan ke atas dengan BIMB Invest)
Fi Pengurusan Tahunan 1.5% setahun daripada NAB Dana.
Fi Pemegang Amanah Tahunan 0.08% daripada NAB Dana setahun, tertakluk kepada yuran minima RM18,000
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan kami yang berhampiran atau hubungi Talian Bebas Tol BIMB Investment Management Berhad di 1-800-88-1196.

PELABUR DINASIHATI MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons