Wednesday, July 20, 2011

Dana Al-Mubin (Dana i Growth)







Pengurus Dana BIMB Investment Management Berhad
Kategori Jenis Dana Ekuiti/ Pertumbuhan Agresif
Pemegang Amanah Maybank Trustees Berhad (dahulunya dikenali sebagai Mayban Trustees Berhad)
Objektif Pelaburan Untuk menyediakan pulangan jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang melalui peningkatan modal dan pengagihan pendapatan.

Nota:
Peningkatan modal adalah objektif utama manakala pengagihan pendapatan adalah objektif kedua Dana.

Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan daripada Pemegang Unit.
Polisi & Strategi Pelaburan Untuk memenuhi objektif pelaburannya, Dana ini akan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti (sehingga 98% daripada NAB Dana) yang akan terdiri daripada pelbagai portfolio syarikat-syarikat kukuh, pertumbuhan yang tinggi dan syarikat-syarikat yang membayar dividen yang tersenarai di BURSA Malaysia.
Peruntukan Aset
  • Ekuiti: 70% - 98%
  • Sukuk & Tunai: 2% - 30%
Pengurus boleh, jika terdapat tindak balas terhadap pasaran, ekonomi, politik dan lain-lain keadaan menggunapakai strategi defensif sementara dengan mengekalkan bahagian aset cair yang lebih tinggi. Apabila ini berlaku, peruntukan aset Dana akan diubah sewajarnya.
Profil Pelabur Sesuai bagi pelabur yang:
  • Ingin memperolehi peningkatan modal dalam jangkamasa sederhana hingga jangkamasa panjang.
  • Mempunyai toleransi risiko yang tinggi
  • Mempunyai minat terhadap pelaburan jangkamasa panjang.
Tarikh Dilancarkan 30 Jun 1994
Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun
Saiz Dana Yang Diluluskan 302 juta unit
Profil Risiko Pelabur Tinggi
Polisi Agihan Dana ini bertujuan untuk membayar agihan pendapatan tahunan kepada Pemegang Unit sekiranya pendapatan pelaburan sepanjang tahun terkumpul adalah mencukupi.
Pelaburan Permulaan Minima 100 Unit
Pelaburan Tambahan Minima 100 Unit
Pilihan Palaburan Sekaligus/ Simpanan
Tempoh Bertenang Tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan diberikan kepada pelabur yang melabur kali pertama dengan BIMB Invest. Dalam tempoh bertenang, jika pelabur ingin mengubah fikiran tentang pelaburan unit amanah yang dibuat, pelabur boleh meneruskan untuk mendapatkan hak bertenang dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada pihak BIMB Invest, cawangan Bank Islam berhampiran atau IUTA/ Perunding Unit Amanah (UTC) yang dibenarkan.
Pegangan Minima 100 unit
Fi
Caj Jualan Seunit Caj Jualan adalah seperti berikut:-
a. Pelaburan terus melalui Pengurus
Sehingga 5% daripada NAB seunit
b. Melalui Agen yang Dibenarkan
c. Melalui IUTA
Fi Belian Balik Tiada
Fi Pindahan RM3 bagi setiap pindahan
Caj Pertukaran Seunit
a. Kali Pertama
Tiada
b. Kali kedua & seterusnya RM25 per transaksi (yuran penukaran dikecuali kepada pelabur yang mempunyai jumlah pelaburan melebihi RM100,000 dan ke atas dengan BIMB Invest)
Fi Pengurusan Tahunan 1.5% setahun daripada NAB Dana.
Fi Pemegang Amanah Tahunan 0.06% daripada NAB Dana setahun, tertakluk kepada yuran minima RM18,000
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 013-7027082

PELABUR DINASIHATI MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons