![]() |
Yang Berbahagia Dato’ Sri Zukri Samat Pengarah Urusan, Bank Islam Malaysia Berhad MBA (Kewangan), University of Hull (UK) |
Dato’ Sri Zukri Samat dilantik sebagai Pengarah Urusan Bank Islam pada 9 Jun 2006. Sebelum perlantikan ini, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Pelaburan di Khazanah Nasional Berhad, iaitu syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (“Kerajaan”). Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (“Danaharta”), sebuah syarikat pengurusan aset yang ditubuhkan oleh Kerajaan semasa krisis kewangan 1997/1998. Beliau menyertai Danaharta pada Oktober 1998 sebagai Pengurus Besar, Bahagian Operasi dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Operasi pada Ogos 2001, dengan memegang tanggungjawab ke atas semua aktiviti kutipan semula pinjaman Danaharta. Pada 1 Julai 2003, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan sehingga Disember 2005, apabila Danaharta berhenti beroperasi. Dato’ Sri Zukri juga pernah berkhidmat di Credit Agricole Indosuez, Labuan sebagai Pengurus Besar. Beliau juga pernah berkhidmat di Commerce International Merchant Bankers Berhad (“CIMB”) selama tujuh tahun; jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Pengurus Besar Pasaran Modal di mana beliau bertanggungjawab ke atas urusniaga melibatkan sekuriti hutang swasta, pembiayaan projek, pengkorporatan dan penswastaan syarikat-syarikat milik negara. Dato’ Sri Zukri memulakan kerjaya beliau bersama Bank Bumiputra Malaysia Berhad sebelum menyertai Public Bank Berhad di mana beliau berkhidmat selama tujuh tahun dalam pelbagai kapasiti di ibu pejabat dan cawangan-cawangan. Dato’ Sri Zukri merupakan Pengerusi Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (“IBFIM”), seorang pengarah dan Ahli Exco di Institut Kewangan Asia (“AIF”), seorang ahli Panel Pembangunan Profesional dan juga Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Penyelidikan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (“INCEIF”), seorang pengarah di Amana Investments Limited (Sri Lanka), pengarah di Amana Bank Limited (Sri Lanka), Ahli Jawatankuasa Penasihat Pelaburan CMREF 1 Sdn Bhd, ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (‘MIFC”), Pengerusi Pemegang Amanah Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (“IBFIM”), ahli Jawatankuasa Pemandu Program Pengayaan Bakat Sektor Kewangan (“FSTEP”), Pengerusi Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia (“AIBIM”) serta seorang ahli dalam Lembaga Pelaburan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (“YADIM”). Dato' Sri Zukri juga merupakan Pengerusi bagi anak-anak syarikat Bank Islam termasuk BIMB Investment Management Berhad dan Farihan Corporation Sdn Bhd. Dato’ Sri Zukri tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa untuk sebarang kesalahan. |
0 comments:
Post a Comment