THINK ISLAMIC INVESTMENT THINK BIMB INVESTMENT Management Berhad
Terima Kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya Rushaidin, merupakan Unit Trust Consultant dari BIMB Investment Management Berhad, iaitu anak syarikat milik penuh Bank Islam(M)Berhad.
Muslim Scholar
Product development, compliance and delivery is stricly oversean by BIMB Invest Panel Syariah
Syariah Beyond Compliance
BIMB Investment mempunyai dana-dana yang berpotensi untuk pelaburan.Tagline kami Shariah Beyond Compliance memastikan keuntungan pelaburan yang anda perolehi tanpa sebarang keraguan atau rasa was-was dan ianya berlandaskan kepada prinsip2 syariah.
Tuesday, July 26, 2011
Monday, July 25, 2011
Panel Syariah BIMB Investment
Karier
Sertai Kami!
Bank
Islam Malaysia Berhad beriltizam untuk memainkan peranan yang bermakna
dalam merangsang perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial di
Malaysia.
Dengan
jumlah Perunding Unit Amanah Bank Islam yang ramai, Bank Islam
berharap dapat menyumbang pada perkembangan pengetahuan dan kepakaran
dalam perbankan, kewangan dan pelaburan Islam di Malaysia. Kerjaya
sebagai Perunding Unit Amanah Bank Islam
bukan semata-mata untuk merebut peluang bekerja dalam industri
perbankan tetapi lebih daripada itu untuk bekerja bersama-sama sebuah
organisasi yang benar-benar komited demi membangunkan Perbankan Islam
negara, sebagai salah satu sistem perbankan Islam termaju di dunia.
Selagi
Bank Islam terus berkembang dengan pesat, kami memahami akan keperluan
untuk mempunyai satu pasukan profesional yang berbakat. Dalam mencorak
pembangunan kerjaya anda, Bank Islam menawarkan saluran dan peluang
kerjaya yang cemerlang serta pakej ganjaran yang menarik. Jika anda
berminat menyertai kumpulan Perunding Profesional Unit Amanah Bank Islam, sila e-mel resume ringkas anda ke admin@tipskewangan.com atau hubungi kami secara terus.
Sekian,
Mohd Rushaidin bin Muhamed
Perunding Unit Amanah
013-7027082
Perunding Unit Amanah
013-7027082
Sunday, July 24, 2011
Saturday, July 23, 2011
Dana BIMB i Dividend

Pengurus Dana | BIMB Investment Management Berhad | ||||||||||||||||||||
Kategori Jenis Dana | Ekuiti/ Dana Pendapatan dan Pertumbuhan | ||||||||||||||||||||
Pemegang Amanah | HSBC (Malaysia) Trustee Berhad | ||||||||||||||||||||
Objektif Pelaburan |
Tujuan utama Dana ini adalah
untuk menyediakan pelabur dengan kombinasi pendapatan tetap
dan berulang serta pertumbuhan modal dalam jangkamasa
sederhana hingga jangkamasa panjang melalui pelaburan dalam
dividen ekuiti patuh syariah, yang mana mengikut sejarah
menawarkan prestasi yang kukuh dan secara amnya kurang
terancam berbanding pasaran ekuiti yang lebih luas. *Nota : “jangkamasa sederhana ke panjang” dalam konteks ini merujuk kepada 3 tahun atau lebih. Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan daripada Pemegang Unit. |
||||||||||||||||||||
Polisi & Strategi Pelaburan |
Untuk mencapai objektif Dana,
Dana akan dilaburkan di dalam portfolio ekuiti patuh Syariah
dan sekuriti berkaitan ekuiti yang mempunyai rekod
pencapaian yang konsisten dari segi pengagihan dividen dan
potensi pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga
jangkamasa panjang. Fokus utama Dana adalah ke atas pendapatan dan pertumbuhan modal. |
||||||||||||||||||||
Peruntukan Aset |
Untuk mencapai objektif Dana, ketika pasaran tidak menentu atau mana-mana keadaan buruk yang menjejaskan Dana, Pengurus boleh mengambil satu langkah posisi penahanan sementara untuk bertindak balas terhadap kondisi dan memelihara pulangan pelaburan jangkamasa panjang Dana tersebut. Kedudukan defensif boleh diambil dalam bentuk pengurangan sementara terhadap pendedahan kepada pelaburan yang terjejas disebabkan keadaan yang buruk dan menggantikan pelaburan yang boleh mengekalkan nilai Dana mengikut pertimbangan Pengurus, walaupun Dana tersebut tidak semestinya memenuhi peruntukan aset Dana sepenuhnya untuk jangkamasa sementara. Kedudukan defensif tersebut mungkin termasuk peningkatan pendedahan terhadap asset mudah cair/tunai dan/ atau aset persamaan aset tunai kepada lebih daripada 30% daripada NAB Dana. |
||||||||||||||||||||
Profil Pelabur |
Dana ini sesuai bagi pelabur yang:
“jangkamasa sederhana ke panjang” dalam konteks ini merujuk kepada 3 tahun atau lebih. |
||||||||||||||||||||
Tarikh Dilancarkan | 18 Mac 2011 | ||||||||||||||||||||
Tahun Kewangan Berakhir | 31 Oktober | ||||||||||||||||||||
Saiz Dana Yang Diluluskan | 1 billion Unit | ||||||||||||||||||||
Profil Risiko Pelabur | Sederhana ke tinggi | ||||||||||||||||||||
Polisi Agihan | Pengurus akan mengisytiharkan agihan tahunan (tertakluk kepada perihal pendapatan diperolehi). | ||||||||||||||||||||
Pelaburan Permulaan Minima | RM500 | ||||||||||||||||||||
Pelaburan Tambahan Minima | RM100 | ||||||||||||||||||||
Pilihan Palaburan | Sekaligus/ Simpanan | ||||||||||||||||||||
Tempoh Bertenang | Tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan diberikan kepada pelabur yang melabur kali pertama dengan BIMB Invest. Dalam tempoh bertenang, jika pelabur ingin mengubah fikiran tentang pelaburan unit amanah yang dibuat, pelabur boleh meneruskan untuk mendapatkan hak bertenang dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada pihak BIMB Invest, cawangan Bank Islam berhampiran atau IUTA/ Perunding Unit Amanah (UTC) yang dibenarkan. | ||||||||||||||||||||
Pegangan Minima | 500 unit | ||||||||||||||||||||
Fi |
|
PELABUR DINASIHATI MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.
Friday, July 22, 2011
Syariah Beyond Compliance
Syariah-based unit trust ini tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti seperti di bawah
1. Servis kewangan berasaskan riba2. Perjudian
3. Pembuatan atau penjualan produk2 tiadak halal atau yang berkaitan dengannya.
4. Insuran konvensional
5. Aktiviti2 hiburan yang tidak menuruti peraturan syariah
6. Pembuatan atau penjualan berasakan tembakau (tobacco) dan yang berkaitan dengannya.
7. Dagangan saham yang bukan patuh sekuriti syariah
8. Lain2 aktiviti yang dianggap tidak mematuhi berasaskan peraturan syariah
"Syariah-based Unit Trust scheme is a collective investment scheme,which pools the savings of investments with similar objectives in a special fund managed by professional fund managers in accordance with Syariah requirements."
"Saham amanah berasaskan syariah merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang mengumpulkan wang pelabur -pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama, dan kemudian dilaburkan ke dalam dana khas yang diuruskan oleh pengurus dana profesional selaras dengan peraturan Syariah"
Thursday, July 21, 2011
Info Koprat
![]() |
Yang Berbahagia Dato’ Sri Zukri Samat Pengarah Urusan, Bank Islam Malaysia Berhad MBA (Kewangan), University of Hull (UK) |
Dato’ Sri Zukri Samat dilantik sebagai Pengarah Urusan Bank Islam pada 9 Jun 2006. Sebelum perlantikan ini, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Pelaburan di Khazanah Nasional Berhad, iaitu syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (“Kerajaan”). Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (“Danaharta”), sebuah syarikat pengurusan aset yang ditubuhkan oleh Kerajaan semasa krisis kewangan 1997/1998. Beliau menyertai Danaharta pada Oktober 1998 sebagai Pengurus Besar, Bahagian Operasi dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Operasi pada Ogos 2001, dengan memegang tanggungjawab ke atas semua aktiviti kutipan semula pinjaman Danaharta. Pada 1 Julai 2003, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan sehingga Disember 2005, apabila Danaharta berhenti beroperasi. Dato’ Sri Zukri juga pernah berkhidmat di Credit Agricole Indosuez, Labuan sebagai Pengurus Besar. Beliau juga pernah berkhidmat di Commerce International Merchant Bankers Berhad (“CIMB”) selama tujuh tahun; jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Pengurus Besar Pasaran Modal di mana beliau bertanggungjawab ke atas urusniaga melibatkan sekuriti hutang swasta, pembiayaan projek, pengkorporatan dan penswastaan syarikat-syarikat milik negara. Dato’ Sri Zukri memulakan kerjaya beliau bersama Bank Bumiputra Malaysia Berhad sebelum menyertai Public Bank Berhad di mana beliau berkhidmat selama tujuh tahun dalam pelbagai kapasiti di ibu pejabat dan cawangan-cawangan. Dato’ Sri Zukri merupakan Pengerusi Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (“IBFIM”), seorang pengarah dan Ahli Exco di Institut Kewangan Asia (“AIF”), seorang ahli Panel Pembangunan Profesional dan juga Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Penyelidikan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (“INCEIF”), seorang pengarah di Amana Investments Limited (Sri Lanka), pengarah di Amana Bank Limited (Sri Lanka), Ahli Jawatankuasa Penasihat Pelaburan CMREF 1 Sdn Bhd, ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (‘MIFC”), Pengerusi Pemegang Amanah Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (“IBFIM”), ahli Jawatankuasa Pemandu Program Pengayaan Bakat Sektor Kewangan (“FSTEP”), Pengerusi Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia (“AIBIM”) serta seorang ahli dalam Lembaga Pelaburan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (“YADIM”). Dato' Sri Zukri juga merupakan Pengerusi bagi anak-anak syarikat Bank Islam termasuk BIMB Investment Management Berhad dan Farihan Corporation Sdn Bhd. Dato’ Sri Zukri tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa untuk sebarang kesalahan. |
Wednesday, July 20, 2011
Dana Al-Mubin (Dana i Growth)

Pengurus Dana | BIMB Investment Management Berhad | ||||||||||||||||||||
Kategori Jenis Dana | Ekuiti/ Pertumbuhan Agresif | ||||||||||||||||||||
Pemegang Amanah | Maybank Trustees Berhad (dahulunya dikenali sebagai Mayban Trustees Berhad) | ||||||||||||||||||||
Objektif Pelaburan |
Untuk menyediakan pulangan
jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang melalui
peningkatan modal dan pengagihan pendapatan. Nota: Peningkatan modal adalah objektif utama manakala pengagihan pendapatan adalah objektif kedua Dana. Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan daripada Pemegang Unit. |
||||||||||||||||||||
Polisi & Strategi Pelaburan | Untuk memenuhi objektif pelaburannya, Dana ini akan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti (sehingga 98% daripada NAB Dana) yang akan terdiri daripada pelbagai portfolio syarikat-syarikat kukuh, pertumbuhan yang tinggi dan syarikat-syarikat yang membayar dividen yang tersenarai di BURSA Malaysia. | ||||||||||||||||||||
Peruntukan Aset |
|
||||||||||||||||||||
Profil Pelabur |
Sesuai bagi pelabur yang:
|
||||||||||||||||||||
Tarikh Dilancarkan | 30 Jun 1994 | ||||||||||||||||||||
Tahun Kewangan Berakhir | 30 Jun | ||||||||||||||||||||
Saiz Dana Yang Diluluskan | 302 juta unit | ||||||||||||||||||||
Profil Risiko Pelabur | Tinggi | ||||||||||||||||||||
Polisi Agihan | Dana ini bertujuan untuk membayar agihan pendapatan tahunan kepada Pemegang Unit sekiranya pendapatan pelaburan sepanjang tahun terkumpul adalah mencukupi. | ||||||||||||||||||||
Pelaburan Permulaan Minima | 100 Unit | ||||||||||||||||||||
Pelaburan Tambahan Minima | 100 Unit | ||||||||||||||||||||
Pilihan Palaburan | Sekaligus/ Simpanan | ||||||||||||||||||||
Tempoh Bertenang | Tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan diberikan kepada pelabur yang melabur kali pertama dengan BIMB Invest. Dalam tempoh bertenang, jika pelabur ingin mengubah fikiran tentang pelaburan unit amanah yang dibuat, pelabur boleh meneruskan untuk mendapatkan hak bertenang dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada pihak BIMB Invest, cawangan Bank Islam berhampiran atau IUTA/ Perunding Unit Amanah (UTC) yang dibenarkan. | ||||||||||||||||||||
Pegangan Minima | 100 unit | ||||||||||||||||||||
Fi |
|
PELABUR DINASIHATI MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.
Saturday, July 16, 2011
Corporite Profile of Manager
The Manager of the Fund is BIMB Investment
Management Berhad (BIMB Invest), a wholly-owned
subsidiary of Bank Islam Malaysia Berhad, which in
turn, is 51% owned by BIMB Holdings Bhd, a company
listed in BURSA Malaysia. BIMB Invest, a licensed
Fund Manager, was incorporated on 14th September
1993 and commenced its operation on 20th June 1994.
As at 30th June 2010, BIMB Invest which has been in
the unit trust industry for 16 years, has authorized capital
of RM 20 million and paid up capital of RM 15 million.
As at LPD, BIMB Invest has a Total Fund Size of
RM 228.7 million.
Management Berhad (BIMB Invest), a wholly-owned
subsidiary of Bank Islam Malaysia Berhad, which in
turn, is 51% owned by BIMB Holdings Bhd, a company
listed in BURSA Malaysia. BIMB Invest, a licensed
Fund Manager, was incorporated on 14th September
1993 and commenced its operation on 20th June 1994.
As at 30th June 2010, BIMB Invest which has been in
the unit trust industry for 16 years, has authorized capital
of RM 20 million and paid up capital of RM 15 million.
As at LPD, BIMB Invest has a Total Fund Size of
RM 228.7 million.
BIMB Invest manages five Fund namely:
1. BIMB i Growth,
2. ASBI Dana Al-Fakhim,
3. ASBI Dana Al-Munsif,
4. ASBI Dana Al-Falah and
5. BIMB i Money Market
~ with 38 staff force comprising of 28 executives
and 10 non- executives.
and 10 non- executives.
As the Manager of the Fund, BIMB Invest is
responsible for the day to day operations of the
Fund in accordance with the provisions of the Deed.
responsible for the day to day operations of the
Fund in accordance with the provisions of the Deed.
The main responsibilities of BIMB Invest include:
- Managing the investment portfolio of the Fund;
- Arranging Sales and Redemption of Units;
- Keeping proper records of the Fund and Unit Holders;
- Issuing reports on the Fund's performance to Unit Holders;
- Distributing of income and bonus Units to Unit Holders (if any), and
- Marketing Units of the Fund to investors
More info, call 0137037082 (Rushaidin) or
email us admin@tipskewangan.com
Friday, July 15, 2011
Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon
Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon
Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pengerusi Eksekutif, Pusrawi Corporation Sdn Bhd
Doktor Falsafah (Sejarah Timur Tengah Moden), New York University, AS
Ijazah Sarjana Ekonomi, Fairlaigh Dickinson University, AS
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pengerusi Eksekutif, Pusrawi Corporation Sdn Bhd
Doktor Falsafah (Sejarah Timur Tengah Moden), New York University, AS
Ijazah Sarjana Ekonomi, Fairlaigh Dickinson University, AS
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah pada 1984. Pada masa ini, beliau adalah Pengerusi Eksekutif Pusrawi Corporation Sdn Bhd. Beliau menerima gelaran Tokoh Ma’al Hijrah Selangor pada 2001 dan Tokoh Ulama Bestari Negeri Selangor pada 2000.
Dr. Ahmad Shahbari pernah berkhidmat sebagai penasihat Syariah untuk Kumpulan Abrar (1996-1999), Arab Malaysia Merchant Bank (1996-1999), Arab Malaysian Finance (1996-1999), Syarikat Takaful Malaysia Berhad (1985-sekarang) dan ASEAN ReTakaful International (L) Ltd. Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Rawatan Islam (Majlis Agama Islam Selangor), jawatan yang disandang beliau sejak 1996 hingga 1999 selepas berkhidmat sebagai Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“IIUM”) selama 10 tahun iaitu sejak 1986. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (“UKM”) di Jabatan Syariah pada 1985.
Dari 1983 hingga 1984, beliau dipinjamkan ke Kuliyyah Ekonomi IIUM. Beliau juga merupakan Penyelaras Program untuk kursus-kursus diploma dan pensijilan bagi pengajian Islam di UKM sehingga 1983. Ketika berkhidmat di UKM, beliau juga menjadi Penyelaras untuk Pengajaran Am dari 1981-1982 dan seterusnya dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Syariah pada 1982.
Kerjaya Dr. Ahmad Shahbari bermula pada 1978 di mana beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Dr. Ahmad Shahbari tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa untuk sebarang kesalahan.
Thursday, July 7, 2011
Dana Al-Falah

Pengurus Dana | BIMB Investment Management Berhad | ||||||||||||||||||||
Kategori Jenis Dana | Aset Campur/ Dana Pertumbuhan | ||||||||||||||||||||
Pemegang Amanah | ABB Trustee Berhad | ||||||||||||||||||||
Objektif Pelaburan |
Objektif utama pelaburan Dana
adalah untuk mencapai peningkatan modal berbentuk unit dalam
jangkamasa panjang dengan melabur dalam pelbagai portfolio
ekuiti, Sukuk dan instrumen pasaran wang. Sehubungan dengan
itu, semua pendapatan pelaburan (jika ada) hendaklah
dilaburkan semula untuk pertumbuhan modal jangkamasa panjang
daripada diagihkan setiap tahun. Nota: Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan memerlukan kelulusan daripada Pemegang Unit. |
||||||||||||||||||||
Polisi & Strategi Pelaburan |
Untuk memenuhi objektif,
pelaburan ekuiti akan mewakili sehingga 80% daripada NAB
Dana. Fokus utama Dana adalah mengumpulkan stok yang
berkaitan dengan syarikat-syarikat yang berpotensi mencapai
pertumbuhan pendapatan dalam jangkamasa sederhana hingga
panjang. Dana ini boleh di laburkan dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang patuh Syariah (secara kolektif sehingga 70% daripada NAB). Pengurus juga boleh melabur di dalam Skim Pelaburan Kolektif dan Produk Berstruktur patuh syariah bagi meningkatkan lagi potensi pulangan Dana tersebut. |
||||||||||||||||||||
Peruntukan Aset |
|
||||||||||||||||||||
Profil Pelabur |
Sesuai bagi pelabur yang:
|
||||||||||||||||||||
Tarikh Dilancarkan | 27 Disember 2001 | ||||||||||||||||||||
Tahun Kewangan Berakhir | 31 Ogos | ||||||||||||||||||||
Saiz Dana Yang Diluluskan | 400 juta unit | ||||||||||||||||||||
Profil Risiko Pelabur | Sederhana hingga tinggi | ||||||||||||||||||||
Polisi Agihan |
Pengagihan pendapatan * (jika
ada) adalah sampingan. *Nota: Pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik. Oleh itu, Pemegang Unit akan menerima unit tambahan daripada pelaburan semula pengagihan pendapatan. |
||||||||||||||||||||
Pelaburan Permulaan Minima | RM100 | ||||||||||||||||||||
Pelaburan Tambahan Minima | RM10 | ||||||||||||||||||||
Pilihan Palaburan | Sekaligus/ Simpanan | ||||||||||||||||||||
Tempoh Bertenang | Tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan diberikan kepada pelabur yang melabur kali pertama dengan BIMB Invest. Dalam tempoh bertenang, jika pelabur ingin mengubah fikiran tentang pelaburan unit amanah yang dibuat, pelabur boleh meneruskan untuk mendapatkan hak bertenang dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada pihak BIMB Invest, cawangan Bank Islam berhampiran atau IUTA/ Perunding Unit Amanah (UTC) yang dibenarkan.. | ||||||||||||||||||||
Pegangan Minima | 100 unit | ||||||||||||||||||||
Fi |
|
PELABUR DINASIHATI MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.