Laporan Pengurus BIMB i-Growth bagi tempoh kewangan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2011.
Para pemegang unit yang dihormati, Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Pengurus BIMB i-Growth bagi tempoh kewangan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2011.
1.1 Nama Dana: BIMB i Growth
1.2 Jenis Dana: Pertumbuhan Agresif
1.3 Kategori Dana: Ekuiti
1.4 Objektif Pelaburan Dana:
Untuk memperolehi pulangan jangkamasa sederhana dan panjang melalui peningkatan harga dan pengagihan pendapatan.
Nota : Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan daripada pemegang unit.
1.5 Penanda Aras Prestasi Dana
Penanda Aras Prestasi Dana yang dipilih ialah Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia “Indeks FBM Shariah” yang terdiri daripada saham-saham dalam Papan Utama Bursa Malaysia yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Rasionalnya ialah bagi mengambarkan sepenuhnya sebahagian besar pelaburan Dana dalam ekuiti iaitu sehingga 90% daripada Nilai Aset Bersih adalah dalam Sekuriti Patuh Syariah. Maklumat berkaitan prestasi dana boleh didapati di laman sesawang BURSA Malaysia.
Klik sini untuk download Laporan Penuh: http://bit.ly/LaporanPengurusBIMBiGrowth2011
More Info?? Contact us
ASBI Consultant: Rushaidin, 013-7027082
www.facebook.com/UnitTrusts
islamicunittrusts.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment