Monday, April 8, 2013

BIMB i Dividend Fund



Pengurus Dana BIMB Investment Management Berhad
Kategori Jenis Dana Ekuiti/ Dana Pendapatan dan Pertumbuhan
Pemegang Amanah HSBC (Malaysia) Trustee Berhad
Objektif Pelaburan Tujuan utama Dana ini adalah untuk menyediakan pelabur dengan kombinasi pendapatan tetap dan berulang serta pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga jangkamasa panjang melalui pelaburan dalam dividen ekuiti patuh syariah, yang mana mengikut sejarah menawarkan prestasi yang kukuh dan secara amnya kurang terancam berbanding pasaran ekuiti yang lebih luas.

*Nota :
“jangkamasa sederhana ke panjang” dalam konteks ini merujuk kepada 3 tahun atau lebih.

Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan daripada Pemegang Unit.
Polisi & Strategi Pelaburan Untuk mencapai objektif Dana, Dana akan dilaburkan di dalam portfolio ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti yang mempunyai rekod pencapaian yang konsisten dari segi pengagihan dividen dan potensi pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga jangkamasa panjang.

Fokus utama Dana adalah ke atas pendapatan dan pertumbuhan modal.
Peruntukan Aset
  • Minimum 70% - 98% daripada NAB Dana akan dilaburkan dalam ekuiti patuh Syariah yang tersenarai dalam BURSA Malaysia; dan
  • Minimum 2% - 30% daripada NAB Dana akan dilaburkan dalam tunai dan persamaan tunai.
POSISI DEFENSIF SEMENTARA
Untuk mencapai objektif Dana, ketika pasaran tidak menentu atau mana-mana keadaan buruk yang menjejaskan Dana, Pengurus boleh mengambil satu langkah posisi penahanan sementara untuk bertindak balas terhadap kondisi dan memelihara pulangan pelaburan jangkamasa panjang Dana tersebut.

Kedudukan defensif boleh diambil dalam bentuk pengurangan sementara terhadap pendedahan kepada pelaburan yang terjejas disebabkan keadaan yang buruk dan menggantikan pelaburan yang boleh mengekalkan nilai Dana mengikut pertimbangan Pengurus, walaupun Dana tersebut tidak semestinya memenuhi peruntukan aset Dana sepenuhnya untuk jangkamasa sementara. Kedudukan defensif tersebut mungkin termasuk peningkatan pendedahan terhadap asset mudah cair/tunai dan/ atau aset persamaan aset tunai kepada lebih daripada 30% daripada NAB Dana.
Profil Pelabur Dana ini sesuai bagi pelabur yang:
  • Ingin mencari kepelbagaian portfolio pelaburan tempatan yang patuh Syariah
  • Ingin memperolehi pendapatan tetap dan pertumbuhan modal
  • Mempunyai *jangkamasa pelaburan sederhana hingga jangkamasa panjang.
  • Mempunyai toleransi risiko sederhana hingga tinggi
Nota:
“jangkamasa sederhana ke panjang” dalam konteks ini merujuk kepada 3 tahun atau lebih.
Tarikh Dilancarkan 18 Mac 2011
Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober
Saiz Dana Yang Diluluskan 1 billion Unit
Profil Risiko Pelabur Sederhana ke tinggi
Polisi Agihan Pengurus akan mengisytiharkan agihan tahunan (tertakluk kepada perihal pendapatan diperolehi).
Pelaburan Permulaan Minima RM500
Pelaburan Tambahan Minima RM100
Pilihan Palaburan Sekaligus/ Simpanan
Tempoh Bertenang Tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan diberikan kepada pelabur yang melabur kali pertama dengan BIMB Invest. Dalam tempoh bertenang, jika pelabur ingin mengubah fikiran tentang pelaburan unit amanah yang dibuat, pelabur boleh meneruskan untuk mendapatkan hak bertenang dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada pihak BIMB Invest, cawangan Bank Islam berhampiran atau IUTA/ Perunding Unit Amanah (UTC) yang dibenarkan.
Pegangan Minima 500 unit
Fi
Caj Jualan Seunit Caj Jualan adalah seperti berikut:-
a. Pelaburan terus melalui Pengurus
Sehingga 5% daripada NAB seunit
b. Melalui Agen yang Dibenarkan
c. Melalui IUTA
Fi Belian Balik Tiada
Fi Pindahan RM3 bagi setiap pindahan
Caj Pertukaran Seunit
a. Kali Pertama
Tiada
b. Kali kedua & seterusnya RM25 per transaksi (yuran penukaran dikecuali kepada pelabur yang mempunyai jumlah pelaburan melebihi RM100,000 dan ke atas dengan BIMB Invest)
Fi Pengurusan Tahunan 1.5% setahun daripada NAB Dana.
Fi Pemegang Amanah Tahunan 0.08% daripada NAB Dana setahun, tertakluk kepada yuran minima RM18,000
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan kami yang berhampiran atau hubungi Talian Bebas Tol BIMB Investment Management Berhad di 1-800-88-1196.

PELABUR DINASIHATI MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons