Monday, April 8, 2013

BIMB Invest Money Market Fund


BIMB Invest Money Market Fund


   
 
Pengurus/ Pejabat Pengurusan/ Pengurus Dana
BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Invest”) (276246-X)
Kategori/ Jenis Dana
Dana Pasaran Wang Islam/ Dana Pendapatan
Pemegang Amanah
AmanahRaya Trustee Berhad (766894-T)
Objektif Pelaburan
Dana ini bertujuan menyediakan kecairan* dan pendapatan semasa**, disamping mengekalkan kestabilan modal*** dengan melabur dalam instrumen patuh Syariah.

Nota:
*Kecairan merujuk kepada T atau T+1 adalah Hari Bekerja dimana satu-satu permintaan/ permohonan untuk penebusan diterima oleh Pegurus sebelum had masa yang ditetapkan.

**Pendapatan adalah dalam bentuk Unit

***Dana adalah bukan Dana jaminan modal atau Dana perlindungan modal.

Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan perlu mendapatkan kelulusan pemegang Unit. 
Polisi Dan Strategi Pelaburan
BIMMF merupakan Dana pasaran wang Islam yang diuruskan secara aktif bagi menyediakan kecairan bagi memenuhi keperluan aliran tunai jangkamasa pendek kepada pelabur sementara menyediakan pendapatan semasa pada tahap yang munasabah. Oleh yang demikian, pelaburan BIMMF sebahagian besarnya terhad kepada debenture Islam jangka pendek yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, agensi-agensi yang disokong oleh Kerajaan, BNM dan/ atau syarikat-syarikat Malaysia yang memberikan pengiktirafan kredit minimum AA3 (RAM atau yang setaraf) dan instrumen pasaran wang, termasuk bil penerimaan Islam, penerimaan jurubank, sijil deposit, kertas komersial syarikat-syarikat yang membawa pengiktirafan kredit jangka panjang minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau sebarang pengiktirafan kredit yang setaraf dengannya oleh agensi pengiktirafan kredit yang diiktiraf atau minimum pengiktirafan kredit jangka pendek P1 oleh RAM atau MARC-1 oleh MARC atau sebarang pengiktirafan kredit yang setaraf dengannya oleh agensi pengiktirafan kredit yang diiktiraf. Walaupun Dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangan sangat bergantung kepada peluang pasaran.
Peruntukan Aset
Dana ini melabur sehingga 100% daripada NAB Dana dalam pelaburan yang dibenarkan yang mempunyai baki tempoh matang tidak lebih daripada 365 hari. Hanya sehingga 10% daripada NAB tersebut boleh dilaburkan dalam pelaburan yang dibenarkan yang mempunyai baki tempoh matang lebih daripada 365 hari tetapi kurang daripada 732 hari. Pelaburan yang dibenarkan adalah seperti berikut:-
  • Debentur (termasuk Sukuk/ Bon Islam); dan
  • Instrumen pasaran wang Islam
Profil Pelabur
Dana ini sesuai terutamanya bagi pelabur berkelayakan yang mana mempunyai tahap risiko rendah yang mana menginginkan keselamatan terhadap modal asas dan kestabilan pendapatan tetapi mengetahui bahawa terdapat kemungkinan kerugian dalam Pelaburan Dana.

Secara ringkasnya, Dana ini sesuai bagi pelabur yang:
  • Melabur bahagian tunai daripada portfolio pelaburan; dan/ atau
  • Meletakkan sejumlah wang sementara menunggu untuk membuat pelaburan lain.
Ia juga sesuai bagi pelabur yang:
  • Mempunyai minat terhadap pelaburan jangkamasa pendek dan sederhana;
  • Yang menginginkan portfolio pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah;
  • Yang mahukan pendapatan yang berterusan;
  • Yang mencari keselamatan dan kestabilan dalam pelaburan;
  • Yang mahukan pendekatan yang mudah terhadap Dana mereka.
Saiz Dana Yang Diluluskan
1.125 juta Unit
Mod Pengagihan
Dana ini berusaha untuk mengagihkan pendapatan bulanan dengan pelaburan semula dalam bentuk pertambahan unit. Sekiranya pendapatan diagihkan, ia akan dilaburkan semula melalui pertambahan unit secara automatik berdasarkan NAB seunit pada penilaian nilai serta-merta mengikut tarikh pengagihan.

Tiada sebarang kos berkaitan dengan pelaburan semula.
Pengagihan Pendapatan
Pendapatan pelaburan Dana akan diagihkan sekurang-kurangnya sekali sebulan, bergantung kepada kesediaan pendapatan.
Pelaburan Permulaan Minimum
RM100,000
Pelaburan Tambahan Minimum
RM50,000
Tempoh Bertenang
Pemegang unit mempunyai hak dalam tempoh enam (6) Hari Perniagaan bermula dari tarikh penerimaan Borang Permohonan yang lengkap beserta wang pelaburan oleh Pengurus.
Kekerapan Penebusan
Tiada had untuk kekerapan penebusan
Fi dan Caj
Caj Jualan
(% daripada NAB)
Tiada
Caj Belian Balik Tiada
Fi Pindahan RM3 bagi setiap transaksi pemindahan
Fi Penukaran
Pertama Kali Tiada
Kali kedua dan seterusnya RM25 per transaksi (Fi penukaran dikecualikan kepada pelabur yang mempunyai jumlah pelaburan melebihi RM100,000 dengan BIMB Invest)
Fi Pengurusan Sehingga 0.50% setahun daripada NAB Dana
Fi Pemegang Amanah
Tetap pada 0.08% setahun daripada NAB Dana bergantung kepada fi minimum RM18,000 setahun.

Sila rujuk kepada cawangan kami yang berhampiran atau hubungi pusat panggilan kami (603-2690 0900) atau BIMB Investment Management Berhad (603-2161 2524 atau 1-800-88-1196) untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai BIMB Invest Money Market Fund.

PELABUR DINASIHATI MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN “INFORMATION MEMORANDUM” YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons