Assalamualaikum wbt
Apa khabar anda semua? Petang ini, sebelum berbuka puasa, saya ingin berkongsi dengan anda semua 1 tips yang sangat2 penting untuk anda fahamkan dan manfaatkan.
Baiklah.
Tahukah anda tentang COMPOUNDING? Pernah dengar tak?
Apa?
Pernah?
Oh, bagus!
Apa?
Tidak?
OK, bagi yang tak, biar saya terangkan disini.
Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda FAHAM dan MANFAATKAN. Ia adalah kunci kekayaan dan kebebasan kewangan.
Maksud Compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pada tahun2 yang akan datang.
Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan 10%....
RM100 itu akan menjadi RM110 pada tahun hadapan
RM110 itu akan menjadi RM121 pada tahun berikutnya
RM121 itu akan menjadi RM131.10 pada tahun seterusnya
.
.
.
.
Lalu,
Dalam masa 7 tahun, pulangan sebanyak 10%, wang anda akan menjadi 2 kali ganda.
Jika,
RM100 tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM200
Jika,
RM1,000 tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000
Jika,
RM10,000 tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM20,000
Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1,000,000. Dibiarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2,000,000!
Ini antara sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya!
Kerana mereka memahami konsep penting COMPOUNDING!
Jadi, simpanan anda bulan-bulan sebanyak 10% tue, laburkan untuk mendapat pulangan 10% pula.
Dan, segala simpanan anda akan digandakan sebanyak 2 kali ganda dalam masa 7 tahun!
Laburkan wang anda hari ini juga!
Hubungi saya admin@tipskewangan.com
atau SMS/Call 0137027082
Saya sedia menerima emel dan panggilan anda.
Sekian dulu untuk posting kali ini.
Selamat berbuka puasa ^_~
0 comments:
Post a Comment